
Mysara Aljaru (b.1993) is a Singaporean writer, artist, and researcher whose work moves across the intersections of narrative, identity, and power.
With a background in journalism and media production, she was formerly a journalist and documentary producer. She holds a Master of Arts from the Malay Studies Department at the National University of Singapore.
Rooted in both history and critical inquiry, her creative practice explores and reimagines dominant narratives through interdisciplinary forms. Working between art and academia, she is particularly interested in the politics of space and the structures that shape storytelling. She is also the co-editor of Brown Is Redacted, an anthology that delves into the lived experiences of minority communities in Singapore.
Beyond the cultural and arts field, Mysara has experience as a brand strategist, offering insights and narrative strategies across the Asia-Pacific region. She supports clients navigating diverse markets in Singapore, Indonesia, Malaysia, and beyond, to bridge analytical rigour with cultural sensitivity.
She has collaborated with institutions such as the Centre for Research on Islamic and Malay Affairs (RIMA), Singapore University of Technology and Design (SUTD), and the Institute of Policy Studies (IPS). Her work has been showcased at Objectifs, The Substation, and the ArtScience Museum, and her writings have appeared in Growing Up Perempuan, Budi Kritik, Karyawan, and Brown Is Redacted.
Mysara has served as a jury member for the 2021 National Youth Film Awards, a selection committee member for the 2022 Singapore Youth Film Festival, and as a moderator and external reviewer for the Singapore International Film Festival. She has spoken on numerous panels exploring art, activism, and representation — including Yale-NUS’s Diversity Week and SG Climate Rally’s Activism in Crisis digital festival.
As a film educator, she has led scriptwriting workshops and collaborated on a range of client-based creative projects.
--------
Mysara Aljaru (lahir 1993) ialah seorang penulis, artis, dan penyelidik dari Singapura yang karyanya bergerak di persimpangan naratif, identiti, dan kuasa.
Dengan latar belakang dalam kewartawanan dan produksi media, beliau sebelum ini adalah seorang wartawan dan penerbit dokumentari. Beliau memiliki Master of Arts dari Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Nasional Singapura.
Berasaskan sejarah dan penyelidikan kritikal, amalan kreatif beliau meneroka dan membayangkan semula naratif dominan melalui bentuk interdisiplin. Berkerja di antara bidang seni dan akademik, beliau amat berminat dengan politik ruang dan struktur yang membentuk penceritaan. Beliau juga merupakan co-editor bagi Brown Is Redacted, sebuah antologi yang mengupas pengalaman hidup komuniti minoriti di Singapura.
Di luar bidang budaya dan seni, Mysara mempunyai pengalaman sebagai perancang jenama, menawarkan pandangan dan strategi naratif di rantau Asia-Pasifik. Beliau menyokong pelanggan yang menavigasi pasaran pelbagai di Singapura, Indonesia, Malaysia, dan lain-lain, untuk menggabungkan ketelitian analisis dengan kepekaan budaya.
Beliau telah bekerjasama dengan institusi seperti Centre for Research on Islamic and Malay Affairs (RIMA), Singapore University of Technology and Design (SUTD), dan Institute of Policy Studies (IPS) Karyanya pernah dipamerkan di Objectifs, The Substation, dan Muzium ArtScience, dan tulisan beliau telah diterbitkan dalam Growing Up Perempuan, Budi Kritik, Karyawan, dan Brown Is Redacted.
Mysara pernah berkhidmat sebagai ahli juri bagi Anugerah Filem Belia Nasional 2021, ahli jawatankuasa pemilihan bagi Singapore Youth Film Festival, serta sebagai moderator dan penilai luar bagi Singapore International Film Festival. Beliau telah menyampaikan ceramah dalam pelbagai panel yang membincangkan seni, aktivisme, dan representasi — termasuk Minggu Kepelbagaian Yale-NUS dan festival digital Activism in Crisis, SG Climate Rally.
Sebagai pendidik filem, beliau telah memimpin bengkel penulisan skrip dan bekerjasama dalam pelbagai projek kreatif berasaskan klien.